Sunday 24 February 2013

Nota untuk..

Nota untuk Anak..

" Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibu bapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita. "

Nota untuk Suami..

" Hubungan kita dengan ALLAH memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan ALLAH untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati ALLAH sebagai hamba-NYA! "

Nota untuk Ayah..

" Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita. Jangan sekali-kali memisahkan kasih antara anak dengan ibu, nanti putus pula kasih antara anak dan bapa! "

Nota untuk Da'i..

" Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda ALLAH sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia! "



[petikan buku 'Nota Hati Seorang Lelaki' oleh Ustaz Pahrol Mohd.Juoi]


p/s: Yang bawah ni catatan sendiri. Eh bukan.. Ini nota eksklusif dari Ustaz Pahrol untuk saya sewaktu menjadi committee untuk salah satu program. Ustaz sangat best! Sejuk je mata memandang.. Kata-katanya sangat perghh mantap! Terima kasih ustaz! Sebab telah berjaya men-jealouskan sahabat-sahabat saya hehe..

Nota untuk Saya..

" Jadilah wanita yang solehah...nanti ada lelaki soleh untukmu! "


In the Name of ALLAH..



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..